Jenayah

468.8kg ganja & 10kg syabu berjaya dirampas polis Bukit Aman

POLIS tahan dua lelaki tempatan dalam serbuan di stesen minyak di Kuala Langat serta Klang kira-kira jam 12 tengah hari, pada selasa lalu.

Melalui serbuan itu, pihak polis berjaya merampas 468.8 kilogram (kg) dadah jenis ganja dan 10 kilogram disyaki syabu di sebuah rumah pangsapuri yang dijadikan stor penyimpanan dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata modus operandi sindiket adalah menyeludup masuk dadah jenis ganja melalui jalan darat di sempadan Malaysia-Thailand untuk pasaran Lembah Klang.

Pihaknya berkata, kedua-dua suspek dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah dan mula bergiatkan menjalankan aktiviti pada awal bulan ini.

“Semakan rekod jenayah mendapati, seorang daripada suspek mempunyai satu rekod lampau kes jenayah mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Bagaimanapun, menurut laporan daripada Berita Harian, saringan awal ke atas suspek yang ditahan adalah positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC).

Tambah Ayob Khan, siasatan ke atas dua suspek tersebut akan terus dijalankan bagi mendapatkan maklumat sama ada ia mempunyai hubungan dengan sindiket lain

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan suspek direman tujuh hari sehingga 22 Mac bagi membantu siasatan.

“Tindakan ke atas suspek juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya sudah menyiapkan kertas siasatan berhubung tangkapan sembilan penguat kuasa yang menjual dadah dirampas.

Justeru dalam serbuan yang sama, pihaknya turut berjaya menyita pelbagai aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM88,496 dengan jumlah keseluruhan dadah dan sitaan RM1.62 juta. – BH  — SM

(Visited 524 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button