NasionalNegeri

Pemangku Raja serikan forum ‘Discover Perlis Eco Treasures & Heritage’

FORUM berjudul ‘Discover Perlis Eco Treasures & Heritage’ anjuran PATA Malaysia Chapter (PMC) diserikan dengan keberangkatan Pemangku Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Majlis Santapan Malam yang diadakan semalam.

Majlis Santapan Malam ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama untuk program-program berkaitan pelancongan di negeri Perlis dalam masa terdekat dan akan datang bersempena dengan Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima cenderamata selepas Majlis Santapan Malam anjuran PMC di Kuala Perlis.

Keberangkatan tiba Baginda diiringi sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Restoran Makanan Laut Hai Tien, Kuala Perlis itu disambut oleh Pengerusi, Jawatankuasa Penganjuran yang juga Pengurus Besar – Pemasaran & Pembangunan Penerbangan, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Mohamed Sallauddin Mat Sah.

Turut hadir, Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar.

Majlis makan malam ini dianjurkan bersempena dengan PATA Malaysia Chapter Inter-State Tourism Networking Forum yang berlangsung di Kangar, Perlis dari 25 hingga 28 Ogos 2023.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima cenderamata selepas Majlis Santapan Malam anjuran PMC di Kuala Perlis.

PATA Malaysia Chapter (PMC) ditubuhkan pada tahun 1975, merupakan lanjutan daripada organisasi antarabangsa Pacific Asia Travel Association (PATA) untuk membantu dalam menterjemahkan objektif global PATA kepada tindakan tempatan di Malaysia.

Tourism Malaysia mengambil alih pucuk pimpinan PMC sejak 2012, memandangkan sumbangan PATA dalam transformasi Tourism Malaysia dan pembangunan industri pelancongan di Malaysia melalui acara-acara penting PATA seperti Persidangan PATA, Travel Mart dan Mesyuarat Tahunan yang dianjurkan di Malaysia.

Perlis telah dipilih sebagai tuan rumah Forum Jaringan Pelancongan Antara Negeri PMC bagi kali ini dengan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Perlis, Tourism Malaysia, Keretapi Tanah Melayu (KTM), LADA dan Hotel Seri Malaysia.

Program ini turut dikolaborasikan dengan Program Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) Siri Ke 23. Seramai enam puluh ahli delegasi dan rakan industri dari luar Perlis turut mengambil bahagian secara fizikal.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan hadir pada Majlis Santapan Malam anjuran PMC di Kuala Perlis.

Acara ini juga bertujuan menyediakan platform untuk pengusaha-pengusaha industri perdagangan pelancongan daripada keahlian PMC dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan untuk bertemu dan menjalin jaringan dengan rakan kongsi pelancongan tempatan dari Perlis dengan objektif utama untuk meneroka dan meningkatkan lagi peluang perniagaan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berharap agar semua agensi dan organisasi swasta di negeri ini akan terus bekerja keras bagi sama-sama menjayakan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 yang akan datang tidak lama lagi.

Para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan tarian khas berupa lagu Inang Tua, Canggung dan Hadrah oleh Kumpulan Indrasutra dari Pusat Kebudayaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). – SM

BACA MOTAC saran beli pakej pelancongan daripada pengusahaan pelancongan berlesen

BACA Agensi, syarikat swasta digalakkan majukan pelancongan Perlis

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button