Kesihatan

450,000 kanak-kanak diberi dos vaksin Covid-19 pertama

KUALA LUMPUR: Seramai 454,194 kanak-kanak atau 12.8% daripada mereka berumur 5-11 tahun telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 di bawah program imunisasi kebangsaan untuk kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data portal CovidNow, seramai 13,924,411 orang atau 59.2% daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak, 22,943,785 atau 97.5% telah diberi dua dos, dan 23,220,757 atau 98.7% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi mereka yang berumur 12-17 tahun, seramai 2,798,646 remaja atau 89.9% daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,883,444 atau 92.6% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 151,156 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 72,991 suntikan dos pertama, 648 suntikan dos penuh dan 77,517 suntikan penggalak, menjadikan kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sehingga kini kepada 643,2018.

Sementara itu, portal GitHub kementerian kesihatan berkata 34 kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam.

Johor melaporkan lapan kes, diikuti Sabah (tujuh), Selangor (lima), Melaka (empat). Dua kematian masing-masing dilaporkan di Kedah, Negeri Sembilan dan Perak, manakala Kelantan, Pulau Pinang, Sarawak dan Terengganu masing-masing satu kematian

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button