Nasional

44.5 % orang dewasa telah disuntik dua dos vaksin

JUMLAH penduduk dewasa yang telah lengkap menerima dua dos vaksin kini mencecah 44.5 peratus iaitu seramai 10.425 juta orang.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sehingga semalam 16.868 juta atau 72.1 peratus penduduk dewasa di negara ini telah mendapat dos pertama.

Labuan tertinggi peratusan penduduk dewasa lengkap menerima kedua-dua dos iaitu 88.1 peratus.

Diikuti Sarawak (79.0 peratus), Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (64.7 peratus), Negeri Sembilan (61.3 peratus) dan Perlis (52.7 peratus).

Melaka (39.1 peratus), Perak (34.6 peratus), Terengganu (34.4 peratus), Pahang (31.2 peratus) dan Kedah (30.0 peratus).

Manakala Kelantan (27.6 peratus), Johor (26.5 peratus) dan Sabah (21.7 peratus).

Menurut JKJAV sejumlah 442,150 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 161,049 dos pertama dan 281,101 dos kedua.-SM

 

(Visited 87 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button