Luar Negara

‘Ask Dr. Amalina’ – laman web perkongsian kesihatan umum

Isu semasa turut dimuatkan dalam web Dr. Amalina

DAHULU, beliau ialah pelajar pintar yang banyak menguitp 17A1 dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu sekitar tahun 2004.

Dahulu, beliau kebanggaan bukan sahaja ibunya, keluarganya, guru-gurunya, rakan taulannya tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Beliau menyambung pengajian dan hari ini, bergelar Doktor. Beliau tetap menjadi kebanggan rakyat Malaysia.

Dr. Amalina Che Bakri walaupun jauh merantau, beliau tetap mahu menabur jasa kepada anak bangsanya.

Hari ini, genap seminggu Dr. Amalina membuka laman webnya sendiri, ‘Ask Dr. Amalina’.

Laman web itu memfokus kepada kesihatan secara umum dan isu semasa.

Memetik laporan SEISMIK, Dr. Amalina yang mendapat jolokan ‘Beauty With Brain’ menyatakan bahawa beliau amat teruja dengan pembukaan laman webnya itu.

Semestinya langkah membuka web itu adalah untuk dimanfaatkan oleh orang ramai. Jadi, gunakanlah peluang itu dengan sebaik-baiknya khususnya persoalan berkaitan dengan kesihatan.

Kesihatan adalah harta yang tidak ternilai. Sebanyak manapun wang ringgit ada, tidak ada gunanya jika tahap kesihatan merosot.

Dr. Amalina kini bertugas sebagai pakar pelatik surgical di salah sebuah hospital di United Kingdom (UK).

Dengan menggunakan platform media sosial, beliau banyak membuat ciapan di Tweeter dan adakalanya ciapannya mendapat perhatian luar biasa daripada warga internet.

Keaktifan Dr. Amalina menggunakan platform media sosial adalah sebagai medium untuknya memberi nasihat dan ilmu terutamanya melibatkan kesihatan dan perubatan.

Ciapannya juga turut memberi kesedaran kepada khalayak lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan mitos kesihatan.

Tidak hairanlah Dr. Amalina menjadi idola kepada generasi muda hari ini.

Apa agaknya yang menguatkan lagi semangat Dr. Amalina untuk membuka laman webnya itu?

Jawapannya mudah. Semenjak beberapa tahun lalu, Dr. Amalina selalu berkongsi pengetahuan tentang ilmu perubatan di laman sosial.

Kini sudah tiba masa baginya untuk menggunakan medium lain pula dalam menyampaikan ilmu tersebut.

Walaupun Dr. Amalina berharap orang ramai dapat mempelajari sesuatu yang baharu menerusi laman webnya tetapi beliau turut mengingatkan orang ramai bahawa platform itu bukanlah untuknya membuat perundingan perubatan secara peribadi.

Sebaliknya, ia hanya sekadar berkongsi maklumat kesihatan kepada masyarakat secara umum.

Apapun, orang ramai perlu berjumpa dengan doktor secara peribadi sekiranya mempunyai sebarang kebimbangan berkaitan dengan kesihatan diri.  – SM

(Visited 542 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button