Politik

PRK Kuala Terengganu akan dijalankan serentak dengan PRN 6 negeri pada 12 Ogos

Pilihan Raya Kecil (PRK), Kuala Terengganu akan dijalankan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang ditetapkan pada 12 Ogos ini.

Mesyuarat Khas SPR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu di ibu pejabat SPR, Putrajaya hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.
“Di PPR ini PRK Parlimen P 06 Kuala Terengganu mengandungi 120,23,575 pemilik. PRK Parlimen P036 memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM465,000 sahaja.” katanya menerusi sidang akhbar di Ibu Pejabat SPR di sini pada Selasa.

Jumlah itu merupakan sebahagian besar daripada anggaran kos pelaksanaannya telah diambil kira dalam pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu.

“Seramai 1,995 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRK Kuala Terengganu,”.

Dalam pada itu Abdul Ghani turut mengumumkan tarikh peting bagi parlimen di kawasan itu.

“SPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting adalah seperti berikut, tarikh RIP 18 Julai 2023 pada hari ini, hari penamaan calon 29 Julai 2023, hari undi awal 8 Ogos 2023, hari mengundi 12 Ogos 2023.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan kos keseluruhan bagi melaksanakan pilihan raya negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dianggarkan RM420 juta.

Sementara itu, sebanyak 44 buah pusat mengundi dengan 222 saluran diadakan bagi PRK Kuala Terengganu.

Pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018/ 7218/ 7124 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

Artikle Berkaitan ;>

Pilihan raya negeri Sarawak bila-bila masa – Abang Jo

 

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button