
42 penari cilik pukau hadirin Karen Barnes Dance Gala Dinner Show 2025
KUALA LUMPUR: Seramai lebih 42 penari cilik berusia antara 3 hingga 15 tahun memukau hadirin menerusi persembahan bertenaga bertemakan ‘Express Yourself’ dalam acara “Karen Barnes Dance Gala Dinner Show 2025” yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini.
Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Penaung sekolah ballet berkenan berangkat menyempurnakan majlis tersebut.
Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh.
Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh pengasas sekolah tersebut yang juga merupakan ahli Majlis Tarian Antarabangsa (International Dance Council) di bawah naungan UNESCO iaitu Karen Barnes dari United Kingdom.
Sebanyak 16 jenis persembahan menarik disajikan kepada para tetamu, termasuk ‘Contemporary’, ‘Modern’, ‘Tap’, ‘Ballet’ dan pelbagai lagi, hasil latihan dan dedikasi para peserta dari Karen Barnes Dance.
Sebagai rekod, Karen Barnes Dance menawarkan pelbagai program tarian yang dirangka khas untuk semua peringkat umur dan kebolehan. Dengan pendekatan latihan peribadi dalam kumpulan kecil, sekolah ini menyediakan suasana pembelajaran yang menyokong, profesional dan memberi ruang kepada pelajar untuk berkembang secara holistik.
FOTO