Nasional

41 pelajar dijangkiti Covid-19, seminggu sebelum SPM

Hanya tinggal seminggu sebelum peperiksaan SPM pada 22 Februari, seramai 41 calon di sekolah berasrama penuh di Machang telah positif Covid-19, kata jabatan kesihatan Kelantan.

Pengarah jabatan kesihatan negeri, Dr Zaini Hussin berkata, kes positif tersebut berkait dengan pesakit dari kelompok Pangkal Changgong yang melibatkan kes positif di tiga daerah; Machang, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Menurut laporan dari Harian Metro, Zaini mengatakan pihaknya kini sedang mengesan hubungan rapat 41 pelajar itu untuk mengelakkan virus itu terus merebak.

Difahamkan, gugusan Pangkal Changgong melibatkan sebuah sekolah di Pangkal Changgong dan telah mencatatkan 56 kes setakat ini.

Pelajar positif Covid-19 telah ditempatkan di pusat karantina di Dewan Jubli Perak dan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan.


Telah dilaporkan sebelumnya bahawa pelajar yang terkena jangkitan Covid-19 akan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan nanti, dengan satu set kertas soalan yang berbeza untuk mereka.

Mereka hanya akan dibenarkan untuk menduduki kertas yang mereka lewatkan, setelah dibebaskan oleh pihak kesihatan.

(Visited 179 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button