Hiburan

Stella Stevens, Raquel Welch meninggal dunia pada usia 80-an

PELAKON komedi terkenal era 60-an hingga 70-an Stella Stevens meninggal dunia pada usia 84 tahun pada Jumaat.

Menurut jurucakap keluarga Stevens, mendiang meninggal dunia pada Jumaat di Los Angeles akibat sakit tua.
Stevens terkenal dengan wataknya dalam filem ‘The Nutty Professor’.

Mendiang dilahirkan di Yazoo City, Amerika Syarikat (AS) pada 1938 dan berkahwin pada usia 16 tahun.
Mendiang melahirkan seorang anak, pelakon dan penerbit, Andrew Stevens pada tahun 1955.

Stella memulakan kariernya sebagai pelakon dan seorang model ketika masih belajar di Univerisiti Memphis State.

Mendiang muncul dalam filem pertamanya ‘Say One for Me’ pada tahun 1959.

Terdahulu pelakon legenda Raquel Welch meninggal dunia Rabu pada usia 82 tahun pada Rabu.

Berita pemergian bintang Hollywood popular itu disahkan ahli keluarganya yang memaklumkan mendiang meninggal dunia selepas menghidap penyakit yang tidak dinyatakan.

Welch menjadi ikon antarabangsa selepas muncul dalam filem pengembaraan fantasi British “One Million Years BC” pada tahun 1966.

Imej seksi Welch dalam filem itu kemudiannya menjadi kegilaan peminat sekali gus meletakkan beliau sebaris pelakon terkenal lain.

Welch, atau nama sebenarnya Jo-Raquel Tejada, dilahirkan di Chicago pada tahun 1940 sebelum menempa kemasyhuran dan status simbol seks menggunakan nama baharunya itu pada tahun 1960-an.

Welch, pemenang anugerah Golden Globe, telah membintangi lebih 30 filem, termasuk “Fantastic Voyage” dan “The Three Musketeers”, serta kira-kira 50 siri televisyen dalam kerjayanya yang menjangkau lima dekad.

Peranan utama seterusnya termasuk sebagai watak utama dalam “Myra Breckinridge” (1970), “The Three Musketeers” (1973) dan “The Four Musketeers: Milady’s Revenge” (1974).

Mendiang turut muncul sebagai ‘cameo’ dalam sitkom TV “Seinfeld” pada tahun 1997.

Welch pernah memenangi anugerah Golden Globe untuk pelakon terbaik dalam komedi atau muzikal bagi filem “The Three Musketeers” di mana dia memegang watak jurusolek ratu.

Sebagai seorang pencinta yoga, Welch kemudiannya melibatkan diri dalam bisnes kesihatan, menerbitkan program kecantikan dan kecergasannya sendiri pada tahun 1984.

Pada tahun 2008, ketika berusia 68 tahun, dia bercerai dengan suami keempatnya Richard Palmer yang 14 tahun lebih muda daripadanya.

Welch masih terus berlakon di penghujung usia di samping mengembangkan perniagaannya.

Mendiang meninggalkan anak lelaki Damon Welch dan anak perempuan Tahnee Welch.

 

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button