Politik

Bersatu masih siasat isu Osman Sapian

MALAM tadi telah diadakan majlis sambutan ulang tahun keempat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Antara isu yang dibangkitkan ialah berkaitan dengan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang didakwa baru-baru ini telah hadir ke acara yang dianjurkan oleh parti baharu yang ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pejuang.

Menurut Setiausaha Agung Bersatu,  Datuk Seri Hamzah Zainuddin, satu siastan sedang dijalankan berhubung isu berkenaan.

“Masih terdapat beberapa perkara yang perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan diambil terhadap Osman.

“Memanglah kita ada menerima aduan tetapi sama juga seperti sebelum ini, kita mesti dapatkan kepastian. Apabila sudah pasti, barulah kita ambil tindakan mengikut perlembagaan parti.

“Cuma buat masa ini, kita masih siasat,” kata Hamzah sambil menambah, pemecatan ahli dari parti Bersatu hanya boleh dibuat selepas mendapat bukti-bukti yang kukuh serta mencukupi.

Minggu lepas telah tular satu video yang memaparkan kehadiran Osman Sapian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Johor dalam kempen calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Pejuang (Parti Pejuang Tanah Air) ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. – SUMBER ASTRO AWANI – SM

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button