fbpx
Hiburan

40 syarikat produksi terima dana termasuk Skop Productions

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) hari ini mengumumkan 40 buah syarikat yang menerima Dana Kandungan Digital (DKD).

Menariknya, dalam senarai 40 syarikat produksi tersebut, tiada langsung nama produksi Excellent Pictures yang menerima DKD seperti didakwa bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac sebelum ini.

Kenyataan Hans sebelum ini menjadi tular selepas dia mengaitkan Ahli Lembaga Pengarah FINAS, Datuk Seri Eizlan Yusof antara yang terbabit dengan pemilihan Excellent Pictures sebagai penerima DKD.

Namun, perkara itu dinafikan Eizlan yang mahu mengambil tindakan undang-undang sebelum Hans kemudian memohon maaf di atas kenyataannya itu.

Sebaliknya, antara nama produksi besar yang menerima DKD ialah Skop Productions Sdn. Bhd.


Finas dalam kenyatannya berkata, surat tawaran DKD itu diserahkan secara maya oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada 40 syarikat penerima melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM13 juta.

DKD merupakan satu inisiatif di bawah Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) yang telah dilancarkan oleh FINAS pada 28 Julai 2020 bertujuan untuk membantu memperkasakan industri kreatif yang terjejas akibat Covid-19.

Pemberian dana itu juga bertujuan untuk memperbanyakkan pemilikan Hak Cipta Kandungan
dalam kalangan penerbit tempatan bagi penjanaan keuntungan di masa hadapan.

Inisiatif ini juga mensasarkan untuk menjana semula ekonomi industri kreatif tanah air melalui
kerjasama dengan pihak swasta melibatkan stesen televisyen dan penyiaran tempatan.

Berikut ialah senarai penuh 40 penerima DKD sesi 1 bagi tahun 2020

1. INTERMEDIACO (M) SDN. BHD.
2. ADTISHA PRODUCTIONS SDN BHD
3. NEDIA SCREEN SDN. BHD.
4. VEEDU PRODUCTION SDN BHD.
5. GLOBAL FILM STATION SDN BHD
6. LUQSAR KREATIF SDN. BHD.
7. ELITE FORSURE SDN BHD
8. INFINITUS PRODUCTIONS SDN BHD
9. DREAM AT WORK SDN BHD
10. JHANGRI PRODUCTION HOUSE SDN BHD
11. KREATIS MEDIALOKA (M) SDN BHD
12. SHOOT PICTURES SDN BHD
13. HUG PICTURES SDN BHD
14. AB ROLL SDN BHD
15. MILLION WORKS MEDIA SDN BHD
16. NS STAR SDN BHD
17. MULTIMEDIA ENTERTAINMENT SDN BHD
18. KHALIDA PRODUCTION SDN BHD
19. DMY CREATION SDN BHD
20. MOTEEVASI MEDIA SDN BHD
21. CUEPRO PRODUCTION SDN BHD
22. MAZE STUDIOS SDN BHD
23. SUPERLATIVE MEDIA SDN BHD
24. SUARA MEGAH SDN BHD
25. EARTH PICTURES PRODUCTION SDN BHD
26. CARTER PRODUCTION SDN BHD
27. ADI KARYA SDN BHD
28. MINJAN PRODUCTION S SDN BHD
29. CREATIVE CREED ASSOCIATES SDN BHD
30. LAYAR CONSULT SDN BHD
31. FRAME PERSECOND SDN BHD
32. INDIGITAL SDN BHD
33. KUALA SIMFONI SDN BHD
34. LAYAR PICTURES SDN BHD
35. ANITHINK CONSULTANT SDN BHD
36. DZAR GLOBAL HOLDINGS SDN BHD
37. SHA’S MEDIA SDN. BHD.
38. SIDE FX SDN BHD
39. SKOP PRODUCTIONS SDN BHD
40. HUJAN LEBAT SDN BHD

(Visited 41 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button