Bola SepakSukan

COVID-19: Tottenham potong gaji pekerja 20 peratus

PENGERUSI Tottenham Hotspur, Daniel Levy, pada Selasa berkata, kelab itu akan memotong gaji semua staf bukan pemain sebanyak 20 peratus berikutan wabak COVID-19.

“Semalam, selepas mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan kos, kami terpaksa membuat keputusan sukar – dalam usaha melindungi pekerjaan – bagi mengurangkan gaji semua 550 pengarah dan kakitangan bukan pemain sebanyak 20 peratus bagi bulan April dan Mei,” lapor agensi berita Anadolu memetik laman web kelab itu.

Keputusan dibuat ketika banyak lagi kelab bola sepak lain berdepan dengan kemelut akibat pandemik itu.

Pada Isnin, atlit profesional Barcelona, termasuk pemain bola sepak, menerima cadangan pemotongan itu, bagi membolehkan kakitangan bukan pemain terus mendapat gaji.

Gergasi bola sepak Eropah lain seperti Bayern Munich dan Juventus turut mengambil langkah mengurangkan kos.- BERNAMA

(Visited 483 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button