Bola SepakSukan

COVID-19: Bekas penjaga gol Sabah tenat

Hanafiah dijangkiti wabak selepas hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling

BEKAS penjaga gol Sabah tahun 60-an, Hanafiah @Han Sang Kuang yang kini berusia 67 tahun dikhabarkan dalam keadaan tenat akibat dijangkiti wabak COVID-19.

Hanafiah dikatakan antara peserta perhimpunan tabligh yang diadakan di Sri Petaling pada awal bulan ini, namun belum ada kenyataan rasi dikeluarkan berhubung keadaannya.

Hanafiah adalah antara penjaga gol terbaik Sabah pada lewat tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an merupakan rakan sepasukan legenda bola sepak negeri di bawah bayu iaitu Datuk Peter Rajah dan John Pius.

Memetik laporan ASTRO Awani, Hanafiah kini masih menerima rawatan di salah sebuah hospital di ibu negara.

Anak lelaki Hanafiah turut menghantar pesanan ke grup WhatsApp Persatuan Bekas Pemain Sabah dengan meminta supaya mendoakan kesihatan bapanya itu yang kini dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Pemain Sabah, Datuk James Wong ketika dihubungi wartawan ASTRO Awani mengesahkan menerima pesanan yang dihantar oleh anak lelaki Hanafiah.

KOTA KINABALU 12 OCTOBER 2016. (KKB461U) Penolong Pengurus Pasukan Bolasepak Sabah, Datuk James Wong, 63, masih terkilan tidak dapat merasai padang Olimpik walaupun sudah menempah tiket ke Olimpik Moscow. NSTP/EDMUND SAMUNTING

Walau bagaimanapun, kata James, sehingga kini, beliau masih belum dapat menghubungi ahli keluarga Hanafiah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaannya.

Menurut James lagi, pihaknya tidak pasti bagaimanakah keadaan Hanafiah ketika ini selain berdasarkan pesanan mesej yang diterima daripada anak lelaki Hanafiah.

“Usaha ahli-ahli persatuan untuk menghubungi anak lelaki Hanafiah baru-baru ini, juga gagal.

“Jadi, apa yang boleh kami lakukan sekarang ialah mendoakan agar Hanafiah cepat sembuh,” kata James. – SM

(Visited 432 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button