Politik

Kerjasama PN-Pejuang perlu dibincang pada mesyuarat tertinggi

MINGGU lepas, Presiden parti Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, beliau bersedia mempertimbangkan kerjasama dengan Pejuang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya parti yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu serius.

Muhyiddin juga berkata, beliau akan mendapatkan pandangan pimpinan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) sebelum memuktamadkan sebarang kerjasama politik baharu.

Hari ini, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, sebarang bentuk kerjasama antara PN dengan parti lain termasuk Pejuang perlu dibincangkan dalam mesyuarat tertinggi gabungan itu.

Hamzah yang merupakan Setiausaha Agung PN berkata, keputusan kerjasama dengan Pejuang pada PRU15 nanti bukanlah semudah itu untuk dibuat.

“Jika Bersatu kata sedia bermakna perlu dibawa ke mesyuarat tertinggi. Kemudian kena bincangkan bersama dalam gabungan PN.

“Bukan mudah setuju (setakat) kata boleh. Kita ada rakan-rakan dalam gabungan,” katanya pada sidang media di Jabatan Pendaftaran Negara seperti dilaporkan MalaysiaKini.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, pembahagian kerusi dalam PN masih belum dimuktamadkan.

“Kita perlu tengok secara menyeluruh,” ujarnya. – SM

 

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button