MahkamahNasional

4 termasuk 2 pegawai kerajaan direman minta suapan RM300 juta

DUA pegawai dari sebuah agensi kerajaan dan dua pemilik syarikat direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta serta menerima suapan bagi projek penyelenggaraan cerun jalan raya bernilai RM300 juta.

Perintah reman hingga 14 Februari itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Asyraf Mohamed Kamal di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia antara 39 hingga 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya semalam selepas hadir memberi keterangan.

Sumber berkata, dua pegawai terbabit yang masing-masing berusia 39 tahun kini bertugas di Negeri Sembilan manakala seorang lagi bertugas di Kuala Lumpur.

Difahamkan, pegawai tersebut meminta dan menerima suapan daripada pemilik syarikat terbabit bagi mendapatkan kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan cerun di jalan persekutuan dan jalan negeri membabitkan peruntukan kira-kira RM300 juta setahun.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – FMT – SM

(Visited 391 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button