Bencana alam

4 Mayat mangsa ditemui di tapak tanah runtuh

PETALING JAYA: Mayat ketiga dan keempat mangsa tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 di Ampang, Kuala Lumpur, ditemui pagi tadi.

Terdahulu, seorang wanita warga emas dan seorang lelaki disahkan meninggal dunia, manakala seorang lagi lelaki ditemui cedera.

Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata mangsa terbaharu adalah lelaki warganegara Malaysia termasuk seorang pekerja Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Satu daripada mayat ditemui kira-kira jam 12.45 pagi, dan satu lagi sebelum jam 2 pagi.

Identiti kesemua mangsa masih belum dapat dipastikan.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa berakhir awal pagi ini,” kata Farouk kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata polis akan mengawal kawasan itu bagi memastikan barang-barang penduduk selamat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata unit K9 akan dikerahkan ke lokasi untuk memastikan tiada mangsa lain.

“Kerja-kerja pembersihan akan dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya,” katanya.

 

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button