Nasional

4 daripada 16 rakyat Malaysia di Kemboja yang ditipu pekerjaan sudah kembali

KUALA LUMPUR: Baki empat daripada 16 rakyat Malaysia yang dipercayai mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja, selamat tiba petang semalam dari Phnom Penh.

Kementerian Luar berkata empat mereka tidak dapat menyertai 12 yang lain dalam penerbangan pulang pada 11 April kerana mereka disahkan positif Covid-19 sebelum berlepas.

“Mereka dibenarkan pulang ke Malaysia selepas menjalani kuarantin tujuh hari di Kemboja di bawah seliaan kedutaan Malaysia,” kata Wisma Putra dalam catatan di Facebook hari ini.

Ia turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Kemboja dan kerjasama erat yang diberikan oleh kedutaan Malaysia dalam memudahkan urusan berkaitan bagi membolehkan mereka pulang dengan selamat.

Kementerian juga menasihati rakyat Malaysia supaya sentiasa berhati-hati dengan tawaran pekerjaan di luar negara bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan sindiket penipuan pekerjaan.


Mangsa mendakwa bahawa mereka telah ditawarkan pekerjaan yang menarik tetapi apabila di Kemboja mereka ditahan dalam keadaan seperti penjara dan dipaksa untuk mengambil bahagian dalam Macau-scam.

(Visited 34 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button