KebakaranNasional

4 cedera tong gas memasak meletup

EMPAT cedera dalam letupan tong gas memasak di Taman Cenderawasih di Nibong Tebal, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang berkata, tiga rumah turut mengalami kerosakan dengan sebahagian struktur dinding runtuh.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.57 malam.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiga rumah yang setiap satu berkeluasan kira-kira 74 meter persegi mengalami kemusnahan antara 10 hingga 70% pada beberapa bahagian.

“Kemusnahan itu seakan terkena bahan letupan pada bahagian bumbung dan dinding rumah yang berkemungkinan berpunca daripada kebocoran gas memasak,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, empat penghuni yang cedera kini dirawat di Hospital Pulau Pinang. – SM

(Visited 47 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button