Alam Sekitar

395 ditempatkan di 10 pusat pemindahan banjir di Sabah

BENCANA banjir yang melanda Sabah hari ini menyaksikan 395 mangsa ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa daerah setakat 2 petang tadi.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, 3 PPS dibuka di Penampang, menempatkan 54 mangsa daripada 6 keluarga, sementara di Kota Belud, 2 PPS beroperasi dengan 115 orang daripada 31 keluarga.

“Satu PPS dibuka di Tuaran, menempatkan 60 mangsa merangkumi 7 keluarga, manakala di Papar 1 PPS dengan 60 mangsa daripada 20 keluarga.

“Di Tenom, 3 PPS dibuka membabitkan 106 mangsa,” menurut kenyataan itu.

Susulan hujan lebat semalam, 10 daerah di negeri ini terjejas oleh banjir, iaitu Kota Belud, Tuaran, Putatan, Penampang, Papar, Beaufort, Keningau, Tenom, Kota Marudu dan Pitas.

Menurut kenyataan itu lagi, pemindahan mangsa ke PPS masih berjalan setakat 2 petang tadi.-BERNAMA 

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button