Nasional

Tumpu pastikan kualiti dan kuantiti makanan dalam negara – Raja Muda Perlis

 

Tumpuan yang lebih hendaklah diberikan di segenap peringkat dalam membantu memastikan kualiti dan kuantiti bekalan makanan dalam negara terus terjamin.

Fokus dan perhatian teliti wajar diberikan pada perancangan yang dapat memperkasakan pengeluaran makanan negara. Sebagai contoh, projek pertanian yang mempunyai produktiviti dan nilai yang tinggi.

Difahamkan bahawa dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini, Malaysia telah berjaya mencapai peningkatan ketara dalam Indeks Keselamatan Makanan (GFSI), iaitu dari tangga ke 48 pada tahun 2017 dan melonjak ke tangga 28 dalam tahun 2019. Namun, kita masih belum mampu mencapai tahap keberdikarian dari segi bekalan makanan negara. Berdasarkan Laporan Buletin Suku Tahun Ketiga 2019 Bank Negara, negara ini kekal sebagai pengimport makanan.

 

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat merasmikan Pusat Sumber Madrasah Addiniah Al-Islamiah (MADI) Kg Jejawi Dalam dekat Kangar baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Rus’seli Eizan dan Mudirnya, Burhanuddin L Abdulah.

Hadir sama ialah dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Mengulas mengenai sekolah berkenaan pula, Burhanuddin dalam sesi taklimat beliau mempersembah maklumkan bahawa pihak MADI sentiasa berusaha mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan sentiasa menyambut baik sebarang usaha dan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan SOP dapat dipatuhi. Antara yang dilaksanakan ialah pembelajaran dalam kelas, susun atur di asrama, interaksi di antara guru dan murid termasuk waktu rehat dan belajar.

(Visited 279 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button