Ekonomi

Longgarkan SOP: Permudahkan laluan udara, darat, air demi ekonomi

Tak perlu buat ujian Covid setiap hari

KATA Tan Sri Muhyiddin Yassin, kalau setiap hari beliau kena buat Covid test, beliau pun tak larat. Begitu juga dengan pelancong tetapi itu tidak bermakna, sempadan negara boleh dilambat-lambatkan pembukaannya.

Beliau berkata, sektor pelancongan negara terjejas akibat pandemik Covid-19 yang negara melanda sejak awal tahun 2020 dan negara kerugian ratusan ribu ringgit sehari ekoran ketiadaan kemasukan pelancong.

Dalam erti kata lain, negara kehilangan pendapatan sebanyak RM40 bilion setahun, itu kata Muhyiddin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Pada awalnya, persetujuan daripada Kerajaan, sempadan negara akan dibuka pada 1 Mac ini tetapi MPN mahu kerajaan mempertimbangkan agar sempadan negara dibuka secepat mungkin.

“Lagi lambat dibuka, lagi rugi,” kata Muhyiddin hari ini kepada pemberita usai mesyuarat MPN yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Buka sempadan negara dengan kadar segera supaya dapat dibaikpulih keadaan ekonomi negara yang terjejas sejak pandemik Covid-19.

Sinonimnya, buka sempadan negara, lebih ramai pelabur akan membuat pelaburan dan kata Muhyiddin, British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC) mencadangkan agar diperhalusi Jawatankuasa Konsultatif dengan pelbagai agensi bertanggungjawab termasuk sektor pendidikan.

Sektor Pendidikan termasuk universiti di Malaysia perlu bergerak semula dan ia hanya boleh dilaksanakan dengan pembukaan sempadan dengan kadar segera.

Berdasarkan penanda aras Gelembung Pelancongan Langkawi, banyak usaha telah dilakukan bagi menarik pelancong datang ke pulau lagenda itu.

Hitung kasar yang diberitahu oleh Muhyiddin, pelancong yang masuk ke Pulau Langkawi pernah mencecah RM700 bilion tetapi kini terpaksa dilepaskan RM1.4 bilion.

Dengan adanya Gelembung Langkawi, MPN mengambil maklum kejayaan program tersebut dalam menarik pelancong luar negara atau pelancong asing ke Langkawi.

NAIK cable car sambil menikmati pemandangan Gunung Mat Cincang.

“Majlis telah menimbang dan menyokong secara prinsipnya dengan pelbagai cadangan penambahbaikan pelaksanaan program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi oleh pihak  LADA.

“Ia meliputi aspek pengurangan bilangan ujian pengesanan yang disyaratkan, penggunaan kemudahan program ini, pelaksanaan Vaccinated Travel Lane (VTL) Langkawi-Singapura dan pembukaan open-sea border bagi manfaat kapal-kapal perangingan,” katanya.

Apabila buka sempadan, bukalah juga laluan udara, darat dan air demi mengembalikan kerancakan ekonomi negara. – SM

(Visited 282 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button