NasionalNegeriUncategorized

Raja Muda Perlis berangkat ke SKAW di UniSZA, Kuala Terengganu

RAJA Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 34 bagi Tahun 2023 di Dewan Senat, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar kenangan ketika berangkat SKAW Siri 34 bagi Tahun 2023 di Dewan Senat, UniSZA, Kuala Terengganu.

Keberangkatan tiba Baginda yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim selaku Pengerusi Mesyuarat dan Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia (TDM), Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A Wahab.

Turut berangkat ialah Raja Muda Kedah, Brigedier Jeneral Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tengku Panglima Raja Pahang Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berkenan berangkat pada SKAW Siri 34 bagi Tahun 2023 di Dewan Senat, UniSZA, Kuala Terengganu.

Objektif SKAW adalah bagi menyelaraskan segala hala tuju Askar Wataniah selaras dengan Pelan Strategik Hala Tuju Tentera Darat.

Persidangan ini turut membincangkan perkara-perkara berkaitan rancangan pengambilan anggota, pengurusan latihan, pentadbiran dan pembangunan Askar Wataniah di pasukan Rejimen Siri 500 Askar Wataniah dan pasukan Pakar Askar Wataniah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra disambut ketika berangkat SKAW Siri 34 bagi Tahun 2023 di Dewan Senat, UniSZA, Kuala Terengganu.

Bagi yang sihat tubuh badan dan berminat dialu-alukan untuk hadir ke untuk mendaftarkan diri dalam Angkatan Sukarela atau mendapatkan maklumat lanjut di kem-kem Askar Wataniah terdekat di seluruh negara. – SM

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button