Nasional

369 guru beritahu TMJ, tidak ambil vaksin kerana ragu

SERAMAI 396 guru di Johor yang tidak mahu mengambil vaksin Covid-19 kerana faktor keraguan.

Mereka menyatakan demikian ketika menghadap Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan hari ini.

Guru-guru terbabit adalah sebahagian daripad 779 orang guru yang dilaporkan enggan disuntik dengan vaksin Covid-19.

Baki 396 guru lagi mempunyai alasan tersendiri untuk tidak mengambil vaksin ketika ini.

“Saya telah mendengar ulasan dari para guru mengenai isu-isu yang mereka hadapi. Daripada 779 orang guru yang asalnya menolak vaksin, didapati hanya 396 yang tidak mengambil vaksin atas sebab keraguan terhadap vaksin.

“Yang bakinya telah mengambil pendirian untuk ditangguhkan buat masa ini, kerana mempunyai alahan, mengandung, ataupun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Sebilangan guru kini telah bersetuju mendaftar untuk mengambil vaksin,” titah Tunku Ismail.

Tunku Ismail mengingatkan guru-guru berkenaan supaya menjadi teladan yang baik kerana mereka bertanggungjawab untuk membangunkan modal insan di negara ini.

Justeru, Tunku Ismail berharap guru-guru terbabit menngambil vaksin sebelum sekolah dibuka demi kesejahteraan pelajar.

“Dalam perjumpaan ini juga, saya telah berkongsi info mengenai program vaksinasi di negeri Johor dan situasi terkini pandemik Covid-19 di negeri Johor.

“Saya berharap guru-guru ini sedar tanggungjawab mereka untuk sentiasa mengetengahkan pembangunan modal insan dengan menjadi teladan yang baik dan berharap mereka akan mengambil vaksin sebelum sekolah dibuka semula demi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat,” titah Tunku Ismail.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani, Pengarah Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr. Aman bin Rabu dan Mufti Johor Datuk Haji Yahya Ahmad.

Tunku Ismail sebelum ini dilaporkan akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan kira-kira 779 guru yang menolak menerima vaksin COVID-19, bagi mencari penyelesaian isu itu.

Tunku Ismail menerusi dua ciapan di akaun Twitter baginda dilaporkan bertitah, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat.-SM

 

 

(Visited 275 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button