Politik

Pejuang tidak letak calon di PRN Sabah

PARTI Pejuang Tanahair pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bermula hari ini.

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir  berkata, Pejuang juga tidak meletakkan sebarang calon pada mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Justeru menurut beliau, Pejuang menolak mana-mana individu yang mengaku mewakili parti itu sebagai calon dan bertanding di PRN Sabah

“Seperti yang telah saya umumkan sebelum ini, Urusetia Penubuhan Parti Pejuang Tanahair memaklumkan bahawa Pejuang tidak meletak calon untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri di dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ini.

“Dengan yang demikian, sesiapa yang mengakui dirinya mewakili Pejuang dan menyertai PRN Sabah, tidak langsung berurusan dengan kepimpinan Pejuang, jauh sekali mendapat restu kami sebagai calon Pejuang pada PRN tersebut,” kata Mukhriz dalam satu kenyataan.

Beliau turut menegaskan Pejuang menyokong penuh calon-calon Parti Warisan Sabah dan sekutu-sekutunya di dalam PRN Sabah.

Jelasnya, wakil-wakil Pejuang akan turut ke Sabah dan berkempen untuk calon-calon Warisan Plus bagi menzahir sokongan itu.-SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button