Nasional

36 kes positif COVID-19, 88 sembuh, tiada kematian –

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 36 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, mengekalkan angka antara yang terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, 28 adalah kes dalam kalangan bukan warganegara.

“Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 6,855 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,304 kes,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Menurutnya, sebanyak 88 kes sembuh dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 5,439 kes, iaitu 79.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham berkata tiada kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 112 kes. – BERNAMA

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button