Politik

Dua Ahli Parlimen nafi sokong Tun M

DUA orang Ahli Parlimen iaitu, Bukit Gantang dan Sri Aman menafikan mereka menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kembali menjadi Perdana Menteri selepas beliau meletakkan jawatan baru-baru ini.

Menurut Malaysiakini, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menafikan menyokong Dr Mahathir.

Katanya, beliau tidak pernah menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyokong Dr. Mahathir.

Katanya, beliau telah menandatangani SD yang menyokong Muhyiddin Yassin.

Malah beliau turut memberikan gambarnya yang menyampaikan SD kepada Muhyiddin dan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat (atas) turut tampil menafikan beliau menyokong Mahathir.

“Saya menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri,” kata Masir.

Dengan dakwaan dua Ahli Parlimen itu, dakwaan mereka yang menyokong Dr. Mahathir sebagai perdana menteri kini adalah 113.

Dr. Mahathir yang kembali ke pangkuan Pakatan Harapan (PH) malam ini telah mengeluarkan senarai 114 orang ahli parlimen yang didakwa menyokong PH.

Malah ‘majlis’ menurunkan tanda tangan oleh ahli parlimen terbabit turut disiarkan secara langsung di facebook.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini Dr. Mahathir berkata beliau telah menyediakan surat untuk dihantar kepada Agong yang menerangkan kedudukan perkara ini serta sokongan 114 ahli parlimen yang diberikan kepadanya.

Beliau berharap pihak Yang di-Pertuan Agong akan menerima surat dan penjelasan tersebut.

Muhyiddin dijangka angkat sumpah pada pada pukul 10.30 pagi esok. – SM

(Visited 445 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button