fbpx
Nasional

35,000 pemandu bas sekolah dapat bantuan RM600

SERAMAI 35,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara menerima bantuan berjumlah RM600 setiap seorang.

Bantuan tersebut diumumkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong hari ini membabitkan peruntukan berjumlah RM21 juta.

Menurut Ka Siang bantuan tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif Prihatin yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin pada 27 Mac lalu sebagai usaha kerajaan dalam berdepan krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Ka Siong berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak lebih tiga bulan lalu bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada pelbagai kategori masyarakat termasuk pemandu bas sekolah.

“Pada 14 Mei 2020, saya sendiri telah berdialog dengan beberapa persatuan pengendali bas sekolah untuk mendapatkan maklum balas mereka seterusnya membuat tindakan susulan sewajarnya.


“Hari ini, Setiausaha Politik saya telah bertemu dengan mereka untuk meneruskan hubungan dengan pengendali bas sekolah seterusnya dapat menyelesaikan permasalahan berbangkit dalam industri.

“Saya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan telah meluluskan bantuan khas berjumlah RM600 kepada setiap seorang membabitkan seramai 35,000 pemandu bas sekolah yang layak,” kata Ka Siong.

Menurutnya, bantuan ini akan diberikan kepada pemandu-pemandu bas sekolah di seluruh negara yang memegang lesen memandu sah dan memandu kenderaan daripada pengendali bas berdaftar.

Kaedah pembayaran akan diumumkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), iaitu agensi di bawah Kementerian Pengangkutan yang bertanggungjawab menyalurkan bantuan tersebut.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button