Nasional

341 ditahan ingkar SOP PKPP

SEBANYAK 341 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan tertinggi dicatatkan ialah melibatkan tidak memakai pelitup muka iaitu sebanyak 116 kes.

“Kesalahan lain yang dicatatkan ialah premis gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran pelanggan (63), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (57), membawa penumpang berlebihan (37), rentas negeri atau daerah PKPB tanpa kebenaran (31), aktiviti pusat hiburan (25) dan lain-lain (12).

“Daripada keseluruhan jumlah itu 307 individu dikompaun manakala 33 direman dan dijamin,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Selain itu, beliau berkata operasi pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa SOP PKPP juga dijalankan di seluruh negara oleh Pasukan Petugas Operasi Pematuhan PDRM.

Jelasnya, sebanyak 2,674 Pasukan Petugas Operasi Pematuhan PDRM yang terdiri daripada 12,128 anggota telah melakukan 53,770 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP di seluruh negara pada semalam.

“Sebanyak 2,515 pasar raya, 4,409 restoran, 1,285 kilang, 1,836 pasar awam atau tani, 2,839 tempat ibadah serta 1,270 tempat riadah diperiksa,” katanya.

Justeru, Ismail Sabri menegaskan pasukan petugas akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan. -SM

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button