Politik

Nurul Fadzilah hadir sebagai peguam pemerhati dalam perhimpunan Selamat Malaysia

Perhimpunan Selamatkan Malaysia dilihat mungkin tidak akan terjadi sekiranya 47 pertuduhan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digugurkan.

Ramai yang beranggapan Zahid sangat ‘bertuah’ kerana peluang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) tidak mungkin boleh dinikmati orang awam sewenang-wenangnya.

16 September 2023 menjadi saksi susulan keputusan mahkamah itu, biarpun tiada pertembungan dengan pihak polis, perhimpunan Selamatkan Malaysia telah berlangsung.

Nurul Fadzilah Kamaluddin menadah tangan berdoa memohon proses memberi keterangan kepada pihak polis berjalan dengan lancar.
Nurul Fadzilah Kamaluddin menadah tangan berdoa memohon proses memberi keterangan kepada pihak polis berjalan dengan lancar.

Ketua Srikandi Muda Bersatu Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin memaklumkan, dalam perhimpunan Selamatkan Malaysia itu, beliau hadir sebagai peguam pemerhati.Meskipun tidak bercakap apa-apa dalam perhimpunan itu, namanya antara yang turut ‘dipetik’ dan dipanggil Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi memberi keterangan.

Kongsi Nurul Fadzilah, sebanyak 10 soalan telah diajukan kepadanya mengenai perhimpunan Selamatkan Malaysia yang disifatkan tersangat kontroversi.

Nurul Fadzilah hadir sebagai peguam pemerhati dalam perhimpuan Selamat Malaysia
Nurul Fadzilah hadir sebagai peguam pemerhati dalam perhimpuan Selamat Malaysia

“Saya hadir pada hari ini hanya sebagai membantu siasatan kepada pihak polis. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasihlah kepada polis.

“Sepanjang proses ini, semuanya berjalan dengan lancar dan pertanyaan-pertanyaan semua itu, segala-galanya berjalan dengan baik,” kongsi Nurul Fadzilah.

Nurul Fadzilah berkata demikian kepada media selepas memberi keterangan kepada pihak polis dan kesemua soalan adalah berkait dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Berdasarkan makluman awal, kira-kira 20 individu yang terlibat dalam perhimpuan Selamatkan Malaysia dipanggil bagi tujuan yang serupa.

(Visited 318 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button