fbpx
Nasional

33 pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa positif Covid-19

SERAMAI 33 orang orang pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang, Negeri Sembilan disahkan positif Covid-19.

Keputusan tersebut diperolehi hasil daripada ujian saringan yang telah dibuat terhadap seluruh warga kerja dan pelajar di STIAS Senawang berikutan salah seorang pelajarnya didapati positif Covid-19.

Pengerusi Pengelola STIAS Senawang Abdullah Abdol Razak berkata, pihak pengurusan sekolah telah mengambil tindakan pantas kuarantin kendiri dengan tidak membenarkan warganya keluar daripada kawasan sekolah.

Pihaknya juga tidak membenarkan sesiapa untuk masuk ke kawasan sekolah sebaik sahaja mengetahui ada pelajarnya yang positif Covid-19.

“Seperti yang sedang tular di media sosial sekarang, salah satu institusi pendidikan As-Sofa, Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS) Senawang telah diuji apabila seramai 33 orang pelajarnya disahkan positif Covid-19 semalam.


“Kesemua 33 orang pelajar tersebut telahpun dibawa ke pusat kuarantin khas oleh pihak KKM,” kata Abdullah Abdol.

Katanya, baki pelajar dan warga kerja yang masih belum mendapat keputusan juga sedang menjalani kuarantin sementara menunggu keputusan ujian daripada pihak KKM.

Seluruh kawasan sekolah STIAS Senawang telah disanitasi dan kini sudahpun ditutup dan dikosongkan sepenuhnya.

“Kami memohon seluruh umat Islam untuk mendoakan kesejahteraan seluruh warga STIAS Senawang secara khususnya, dan kesejahteraan seluruh umat secara umumnya daripada ujian wabak Covid-19 yang sedang melanda ini.

“Sesungguhnya, Allah adalah Tuhan Yang Maha Menyembuhkan dan hanya kepada-Nya lah tempat kita menyandarkan harapan,” kata Abdullah Abdol.-SM

(Visited 3 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button