Politik

Ampang pusara politik Zuraida – AMK Selangor

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mahu menjadikan Parlimen Ampang sebagai pusara politik untuk Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Nekad itu disuarakan Pengarah Komunikasi AMK Ampang Mohd. Khairool Ngadon sekiranya Zuraida yang merupakan bekas pemimpinan kanan PKR mahu bertanding di Parlimen Ampang pada PRU-15.

Mohd. Khairool berkata, penduduk Parlimen Ampang memerlukan seorang wakil rakyat yang lebih berintegriti di kawasan tersebut.

“Angkatan Muda Keadilan Selangor akan memastikan Ampang menjadi pusara politik Zuraida sekiranya beliau kekal bertanding di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

“Telah sampai masanya pengundi Parlimen Ampang memilih wakil rakyat yang lebih berintegriti dan bertanggungjawab dalam membela kepentingan dan kebajikan mereka,” kata Mohd. Khairool.

Beliau memberikan reaksi demikian selepas Setiausaha Politik Zuraida, Nor Hizwan Ahmad berkata, sudah tiba masa untuk Pakatan Harapan melantik ketua pembangkang yang baru menggantikan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd. Khairool berkata, Nor Hizwan sepatutnya lebih risau dengan kedudukan Zuraida di Parlimen Ampang dan bukannya sibuk mencampuri urusan parti-parti pembangkang.

“Kami mengambil maklum kenyataan Setiausaha Politik Zuraida Kamarudin, Nor Hizwan Ahmad bahawa sudah tiba masa untuk melantik ketua pembangkang yang baru.

“Sebagai Setiausaha Politik kepada Zuraida, Hizwan sepatutnya risau tentang masa depan politik bos beliau sendiri dan tidak perlu sibuk dengan urusan membabitkan Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang yang lain,” kata Mohd. Khairool.

Nor Hizwan semalam melahirkan pandangan bahawa sudah tiba masanya untuk pembangkang menggantikan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ketua pembangkang yang baru.

Katanya, pembangkang memerlukan ketua yang lebih berwibawa dan karismatik untuk memimpin Pakatan Harapan.

“Sementara Anwar masih mengejar bayang-bayang, PN akan terus mengemudi negara dengan meletakkan kebajikan rakyat sebagai matlamat utama.

“Mungkin tiba masanya untuk pembangkang menamakan Ketua Pembangkang yang baru dan lebih berwibawa dan karismatik untuk menggantikan Anwar Ibrahim,” kata Nor Hizwan.-SM

(Visited 592 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button