Sukan

FreeYond kerjasama dengan BAM perkasa bakat sukan ke tahap baru

Fast Technology Sdn Bhd (Fast Technology), pengedar eksklusif FreeYond di Malaysia memeterai perjanjian penajaan satu tahun dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memperkasa dan meningkatkan pertumbuhan sukan badminton Malaysia.

Anak syarikat milik penuh,  Fast Energy Holdings Bhd (Fast Energy) mewujudkan perkingsian ini sebagai komitmen FreeYond untuk menyokong sukan badminton tempatan dan atlet di Malaysia dengan menyediakan bantuan kewangan dan sumber.

Ini akan menyumbang kepada persiapan pemain negara untuk layak ke Sukan Olimpik Paris tahun depan dan inisiatif-inisiatif pembangunan baharu. Selain itu menerusi kerjasama dengan BAM, FreeYond komited untuk memupuk bakat sukan dan mempromosikan gaya hidup sihat di negara ini.

Pengarah FreeYond, Datuk Eddie Chai Woon Chet berkata pihaknya gembira dapat menyaksikan satu lagi kejayaan yang dicapai oleh FreeYond selepas kemasukan rasmi jenamanya ke Malaysia dengan telefon pintar dan boleh pakai pada Mac 2023.

“Sebagai salah seorang pengarah FreeYond, kami sangat gembira dan menyokong keputusan yang dibuat oleh Fast Technology dalam menaja BAM dan atletnya,” katanya di sini hari ini.

Perjanjian penajaan itu ditandatangani oleh Presiden BAM dan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, dan Pengarah Eksekutif Fast Energy Holdings Berhad, Vincent Tan Wye Chuan.

Dalam pada itu Mohamad Norza berkata, BAM berbesar hati dapat memuktamadkan perkongsian yang saling menguntungkan ini dan secara rasmi mengalu-alukan FreeYond sebagai penaja terbaharu BAM.

“Sokongan daripada penaja kami adalah penting untuk pertumbuhan berterusan dan pembangunan sukan ini,” katanya.

Wye Chuan berkata, FreeYond melambangkan kebebasan dan daya hidup, mewakili tenaga muda yang tidak terbatas.

“Matlamat kami adalah untuk menyediakan pengguna pengalaman yang bersemangat dan membebaskan melalui rangkaian produk pintar kami. Semangat jenama kami merangkumi usaha mencapai kecemerlangan, kerja berpasukan dan inovasi, yang sejajar dengan nilai BAM,” ujarnya.

Beliau menambah, Malaysia adalah kuasa besar dalam dunia badminton, dengan pemain di bawah payung BAM telah mencapai banyak kemenangan dan mendapat kemasyhuran serta kegemilangan negara.

FreeYond mahu memainkan peranannya dalam menyokong BAM dan pemainnya ketika mereka berusaha untuk lebih banyak kemenangan podium dan memberi inspirasi kepada belia negara, tambahnya.

Produk FreeYond terkenal dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang luar biasa, memenuhi pelbagai kategori pengguna, termasuk peminat sukan dan profesional. Selain model telefon pintar M5 dan F9 yang telah diperkenalkan ke pasaran, FreeYond juga telah melancarkan jam tangan pintar F1 mereka dan fon telinga stereo wayarles sebenar (TWS) Pods 1. – SM

BACA Zii Jia dilarang sertai kejohanan antarabangsa selama 2 tahun, kata BAM

BACA Kemelut Zii Jia-BAM selesai, kata PM

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

(Visited 78 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button