Nasional

Kenyataan lapan baris pun gagal – Haniff Khatri

PEGUAM Haniff Khatri Abdulla berkata, kegagalan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dalam kenyataan akhbar Dong Zong adalah justifikasi menyokong gesaan penggunaan bahasa bahasa kebangsaa sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.

Menurut Haniff, beliau amat terkejut dan teramat bimbang dengan kandungan satu kenyataan rasmi bertarikh 27.12.2019 yang dikeluarkan bersama oleh Dong Zong dan Jao Zong yang sedang tular di media sosial sejak semalam.

“Saya tidak berhasrat pada ketika ini untuk membincangkan isu-isu perundangan yang muncul dan yang berkaitan dengan perolehan perintah halangan oleh polis dari Mahkamah Majistret Kajang.

“Namun isu penting yang perlu dibincangkan adalah apa yang dapat dilihat secara zahir,” katanya.

Katanya, bagaimanakah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan di bawah undang-undang negara ini gagal menggunakan bahasa yang betul untuk mengeluarkan satu kenyataan rasmi ringkas sependek lapan baris mengandung empat ayat dan 69 patah perkataan sahaja.

“Kalaulah ini adalah hasil daripada kegagalan penggunaan bahasa kebangsaan oleh pihak yang memperjuangkan penggunaan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar pengajian di sekolah-sekolah vernakular, maka bukankah sudah tiba masanya untuk rakyat sedar bahawa akibatnya adalah anak-anak Malaysia yang berketurunan Cina (dan India) tidak akan dapat peroleh kemahiran dan semestinya gagal dalam menjiwai bahasa kebangsaan di negara ini, selagi sekolah-sekolah vernakular masih degil dalam tidak menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar,” katanya dalam kenyataan.

Haniff menyifatkan ia sudah terang lagi bersuluh, keperluan dalam perjuangan untuk seragamkan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar pengajian di kesemua sekolah di negara ini, demi mencapai hasrat untuk memperolehi perpaduan rakyat yang sejati kerana bahasa adalah jiwa bangsa.

(Visited 474 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button