Nasional

Polis sahkan pemandu lawan arus hingga satu maut, mabuk

MEMANG memandu dalam keadaan mabuk!

Itu pengesahan polis terhadap pemandu kereta jenis Ford Fiesta yang mengakibatkan seorang lelaki maut selepas dia  memandu secara melawan arus di Kilometer 17.5 Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) berdekatan susur keluar Tol Pajam menghala ke Seremban awal pagi tadi.

Pengesahan itu dibuat Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar selepas sampel darah lelaki berusia 30 tahun itu diambil dan diuji serta hasihnya didapati positif alkohol.

“Lelaki itu masih dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban atas kecederaan dialami dan kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol,” kata Mohd. Nor Marzukee seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

[BACA ARTIKEL] Pemandu dipercayai mabuk langgar empat kenderaan, seorang maut

Kemalangan pada pukul 3.20 pagi tadi melibatkan dua kereta serta tiga motosikal.

Pemandu kereta yang maut dikenali sebagai Abdul Salam Saad, 34, dari Felda Keratong 5, Bandar Tun Abdul Razak, Pahang.-SM

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button