
”30 Tahun Jadi Model, Ini Kali Pertama Saya Tak Dibayar”-Aleeza Kasim
MODEL dan ikon fesyen tanah air, Aleeza Kasim meluahkan rasa kecewa terhadap pengasas sebuah jenama pakaian baharu yang didakwa gagal melunaskan bayaran atas khidmatnya sebagai model catwalk dan sesi fotografi dalam sebuah acara fesyen berskala besar baru-baru ini.
Menurut Aleeza, sepanjang lebih 30 tahun penglibatannya dalam dunia peragaan sejak dinobatkan sebagai Dewi Remaja, ini merupakan kali pertama beliau berdepan isu tidak menerima sebarang bayaran.

“Selama 30 tahun saya jadi model, saya ada koleksi gambar dengan pereka fesyen tempatan yang mencecah puluhan ribu. Saya juga pernah memakai ratusan busana untuk sesi fotografi – sampai tak muat nak simpan di rumah. Tapi inilah kali pertama saya langsung tidak dibayar,” katanya semasa sesi temu bual bersama SM.
Aleeza menjelaskan beliau memilih untuk berdiam diri sejak Januari hingga Mei, namun kecewa apabila pihak terlibat masih tidak bertanggungjawab.
“Saya pakai lebih 100 helai pakaian mereka untuk sesi fotografi dalam masa dua hari – itu kerja sangat memenatkan, bukan semua model mampu lakukan. Tapi sebab minat terhadap fesyen, saya buat dengan ikhlas. Malangnya, akhirnya penganjur pula menimbulkan masalah kepada kumpulan kami,” ujarnya.
Penjelasan Rasmi QYRIZ & Dr. Anas Abdullah
Dalam Pada itu sidang media yang berlangsung secara tertutup semalam di Cyberjaya, Aleeza tampil bersama pihak QYRIZ dan Pereka Fesyen Anas Abdullah selaku perancang utama majlis, bagi memberikan penjelasan rasmi berkaitan surat tuntutan (LOD) terhadap pereka fesyen baru terbabit.
QYRIZ dan Anad Abdullah mendedahkan bahawa mereka telah mendahulukan bayaran penting yang sepatutnya dilangsaikan sebelum acara berlangsung, termasuk kos untuk model dan jurusolek profesional, namun pengasas jenama tersebut gagal membuat bayaran meskipun acara telah selesai.
Anas Abdullah turut menjelaskan bahawa beliau terkesan dari segi reputasi dan kepercayaan rakan industri apabila beberapa individu penting yang diperkenalkan dalam acara berkenaan juga tidak menerima bayaran seperti dijanjikan.
“Saya sebagai pereka fesyen bagi jenama ini juga telah membawa model ternama, Aleeza Kassim dan model-model lain, malah menggunakan pengarauh saya untuk menjemput para VVIP.
“Dari segi bayaran deposit, pihak sana ada membuat bayaran pada sesetengah item sahaja dan selebihnya tidak menyelesaikannya, namun majlis harus tetap berjalan memandangkan jemputan dan persiapan telah dibuat.
“Namun, selepas majlis selesai, saya ada bertanya kepada beliau bilakah baki bayaran akan diselesaikan namun tiada jawapan yang meyakinkan dan dalam masa sama saya perlu menjelaskan bayaran kepada para modeling yang bertugas” ujarnya.
Pihak QYRIZ turut mendedahkan kandungan surat balasan daripada pereka fesyen berkenaan yang antara lain.
Menafikan tanggungjawab kewangan meskipun invois dan bukti pembayaran telah dikemukakan, Melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap QYRIZ dan Anas.
Mencuba memutar fakta serta membesar-besarkan isu produksi kecil walaupun pihak penganjur telah menawarkan pembaikan secara profesional.
“Kami melihat ini sebagai cubaan mencemarkan nama baik tokoh-tokoh yang membantu menaikkan jenama mereka termasuk Aleeza Kassim, Datin Sri Ezzan dan Anas kata kenyataan media yang dibacakan.
Pertimbang Tindakan Balas
QYRIZ kini sedang meneliti tindakan saman balas atas fitnah dan kerosakan reputasi yang dialami selain mengambil langkah melindungi vendor dan kilang OEM lain daripada menjadi mangsa manipulasi pihak yang sama.
Dalam masa sama, mereka menegaskan komitmen untuk terus membina ekosistem fesyen yang beretika dan selamat, serta menyeru orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang belum dibuktikan.
“Pihak kami mempunyai bukti lengkap termasuk perbualan rasmi, rakaman audio, gambar dan video mesyuarat. Kami tetap terbuka untuk penyelesaian secara adil dan harmoni, tetapi tidak akan berkompromi jika reputasi kami terus dicemari.”