Nasional

30 rumah di Gemas rosak akibat ribut petir

SEREMBAN: Kira-kira 30 rumah membabitkan lebih 130 penduduk di Gemas dekat sini rosak akibat hujan lebat dan ribut di daerah ini petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas Mohd Farid Abu Bakar berkata kejadian yang berlaku hampir setengah jam bermula jam 5.30 petang itu menjejaskan penempatan di Felda Jelai 1 hingga 4.

“Ribut dan angin kencang menyebabkan bumbung rumah penduduk hanyut dan beberapa kenderaan dihempap pokok. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini, namun empat sekeluarga ditempatkan di Kuarters 1 Felda Jelai berikutan kerosakan teruk.

“Ada mangsa yang tinggal sementara di rumah saudara mara dan ada yang tidak berpindah kerana kerosakan tidak teruk dan bimbang dengan penularan Covid-19 jika berpindah,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.

Beliau berkata jumlah kerugian akibat kejadian itu masih dalam penilaian.

 

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button