Nasionalpilihan

Pencemaran air: Air Selangor buat laporan polis

PENGURUSAN Air Selangor telah membuat laporan polis sejurus selepas pencemaran air dikesan di Sungai Semenyih, Selangor berpunca daripada sebuah kilang.

Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, agensi penguatkuasa berkaitan telah mengesan jejak pencemaran hingga membawa kepada penemuan sebuah kilang.

“Kilang tersebut berada di kawasan perindustrian di Jenderam Hilir, Sepang yang disyaki menjadi punca pencemaran.

“Susula itu, satu laporan polis telah dibuat dan kes dijangka disiasat di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

“Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 121(1)(C) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655),” katanya.

Terdahulu, Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sekali lagi terpaksa dihentikan pada lewat petang semalam ekoran pencemaran bahan penyebab bau.

Menurut Tuan Ibrahim, insiden ini berulang di lokasi sama dalam tempoh kurang dari satu minggu dan penjenayah alam sekitar ini perlu dikenakan tindakan tegas.

Penutupan LRA Semenyih telh menjejaskan bekalan air kepada 323,622 akaun atau kira-kira 1.6 juta pengguna. -SM

(Visited 405 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button