Nasional

30 kawasan di Selangor terjejas bekalan air ekoran kerja penyelenggaraan

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam telah dimulakan pada pukul 90 pagi hari ini mengikut jadual seperti yang diumumkan pada 24 Mac 2021.

Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip ini dijangka akan siap pada pukul 9 malam hari ini.

Bekalan air akan mula disalurkan selepas kerja-kerja siap dilaksanakan dan proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Seperti yang dimaklumkan, kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 5 kawasan di Wilayah Petaling, 14 kawasan di Wilayah Klang dan 12 kawasan di Wilayah Shah Alam bermula jam 9:00 pagi, 30 Mac 2021.

Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 pagi, 1 April 2021.

Air Selangor akan menggerakkan sebanyak 15 lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal yang terdiri daripada hospital dan pusat dialisis serta untuk upacara pengebumian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button