NasionalParlimen

30 Ahli Parlimen Kerajaan gagalkan usul, bukan pembangkang – Anthony Loke

LIMA puluh atau 30 Ahli Parlimen yang tidak hadir Dewan Rakyat semalam sehingga kerajaan gagal meluluskan usul pelanjutan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tempoh lima tahun.

Kata Anthony Loke Siew Fook (PH-Seremban), 30 Ahli Parlimen kerajaan yang tidak hadir. Bagaimanapun, tidak pula disebut berapa Ahli Parlimen pembangkang yang tidak hadir semalam.

Daripada jumlah Ahli Parlimen Kerajaan yang tidak hadir semalam, hanya tiga nama sahaja yang menjadi sebutan iaitu Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan. Mana nama-nama yang lain?

Yang menggagalkan usul SOSMA yang pada ketika itu (semalam) dibuat proses pengundian, dakwa Anthony Loke, bukan disebabkan wakil pembangkang.

“Kegagalan itu berpunca daripada 30 wakil rakyat kerajaan sendiri termasuk Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang gagal hadir ketika proses mengundi dibuat semalam,” jelasnya.

Tambah beliau, “Semalam saya tak jangka bahawa kerajaan akan gagal, tetapi kerajaan tak hilang majoriti pun sebab mereka masih ada majoriti 114 atau 115 Ahli Parlimen daripada (220) Ahli Parlimen.

“Tetapi yang hadir semalam wakil kerajaan 83, kita pembangkang 86. Ada 30 wakil kerajaan tak hadir mengundi semalam.

“Yang gagal semalam jangan salahkan kita. Yang gagal semalam itu adalah disebabkan 30 Ahli Parlimen kerajaan tidak hadir termasuk Pekan, Bagan Datuk dan Pontian,” katanya.

Anthony Loke tetap dengan pendirian, kegagalan usul tersebut tidak menyebabkan kerajaan hilang sokongan kerana pembangkang masih berpegang kepada MoU dan tetap akan menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Semalam usul yang dibawa kerajaan di Dewan Rakyat untuk melanjutkan tempoh kuatkuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) termasuk minta tempoh penahanan 28 hari selama lima tahun lagi gagal diluluskan dengan Ahli Parlimen yang bersetuju seramai 84 orang, manakala tidak bersetuju 86 orang dan 50 lagi Ahli Parlimen tidak hadir.

Usul itu dikemukakan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin sebelum dibahaskan oleh 19 orang Ahli Parlimen semalam. – SM

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button