NasionalUncategorized

Kad pengenalan khas beli untuk beli minyak masak peket diperkenalkan 2024

CANGGIH secanggih-canggihnya hidup hari ini. Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, tahun depan, 2024, kementerian itu akan memperkenalkan kad pengenalan khas (ID) untuk pembelian minyak masak peket.

Ini bermakna, tanpa ada ID khas itu, anda tidak layak dan tidak boleh membeli minyak masak peket yang sekarang ini naik harganya daripada RM2.50 kepada RM3 yang boleh dibeli di kedai-kedai acheh sekitar Kajang, Lembah Klang, Cheras dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Fuziah Salleh

Dengan yakinnya, Fuziah berkata, pengenalan ID khas itu adalah bagi memastikan minyak masak paket yang jatuh dalam kategori barangan bersubsidi itu hanya dibeli oleh kumpulan yang layak.

Siapakah kumpulan yang layak yang dimaksudkan oleh Timbalan Menteri ini yang pernah mencetuskan suasana panas dengan pembelian barangan RM130 yang dirakam dan tular di media sosial.

Apakah golongan peniaga makanan kecil-kecilan sahaya yang disasarkan dan dipandang sebagai golongan yang layak manakala peniaga atau pengusaha restoran, tidak layak untuk memperoleh ID khas untuk membeli minyak masak paket.

Bagaimana pula dengan golongan pengguna yang menggunakan minyak masak paket? Adakah mereka ini termasuk dalam kumpulan yang layak?

Kata Fuziah dalam catatannya di Facebook, “Sekarang ini minyak masak peket berada di pasaran terbuka. Kita mahu sasarkan kepada yang memerlukan supaya tidak berlaku penjualan kepada yang tidak sepatutnya.

“Maka dengan subsidi bersasar, hanya yang ada ID (pengenalan diri) dan disahkan layak sahaja boleh dapatkan minyak masak peket bersubsidi ini,” katanya.

Beliau menjelaskan kerajaan tidak menggunakan aplikasi MySejahtera dalam penentuan pemberian subsidi kerana aplikasi itu tidak boleh membezakan pengelasan isi rumah.

“Keperluan keluarga tak sama dengan keperluan peniaga kecil. Dan juga golongan T20 tak layak terima subsidi minyak masak peket. Maka MySejahtera tak boleh digunakan sebab tak tahu dia T20 atau tak,” katanya.

Beliau berkata kerajaan ketika ini mengeluarkan 60 juta peket minyak masak bersubsidi setiap bulan.

Bagaimanapun, katanya, mekanisme kawalan berkenaan perlu dilaksanakan kerana banyak aduan diterima pihaknya menyatakan barang asas itu sukar didapati di pasaran.

“Ianya selalu habis,” katanya. “Maka perlu kepada ID yang berbeza.”

Julai lalu, Fuziah menyatakan kerajaan akan melaksanakan kaedah pembelian minyak masak peket kepada kumpulan sasar mulai tahun depan dan seramai 5.8 juta isi rumah daripada golongan M40 dan B40 sudah dikenal pasti dan layak berada dalam kumpulan itu.

Beliau berkata, kementerian juga akan menambah kira-kira satu juta pengguna dalam kalangan usahawan mikro seperti peniaga ayam goreng, pisang goreng dan keropok lekor.

Pada 11 September, bulan lepas, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, program bersubsidi bersasar akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun depan menerusi sistem pangkalan data utama (Padu).

Mei lalu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju menubuhkan Padu untuk menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini bagi memperkemas pelaksanaan subsidi bersasar. – SM

BACA Tipu berat, KPDNHEP sita 50 kotak minyak masak paket

BACA Peniaga kedai runcit merunggut bekalan minyak masak paket tidak mencukupi

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button