Auto TravelNasionalTravel

3 Resort Hutan Yang Dijangka Menjadi Buruan Pengunjung Jika Pandemik Berakhir

Tak boleh merentas negeri satu hal. Terpaksa duduk dekat rumah lama-lama pun satu hal. Sampaikan ramai orang jadi naik bosan yang amat.

Apa yang boleh kita buat? Cuma merenung gambar tempat-tempat percutian menarik yang mungkin boleh kita pergi jika pendemik berakhir.

Berdasarkan carian penulis, ini antara lokasi resort berlatar belakang hutan yang mungkin menjadi buruan pengunjung jika rentas negeri dibenarkan.

JapaMala Resort (Tioman)

Resort mewah JapaMala Resort ini sesuai bagi yang menginginkan suasana privasi. Ianya terletak di lokasi pelancongan pulau terkenal iaitu di Pulau Tioman.

Vilanya bercirikan rumah kampung tetapi menjanjikan kemewahan kerana ia menjanjikan suasana privasi dalam suasana pantai dengan hembusan Laut China Selatan.

Anda boleh memilih menginap di Tree Top Chalet iaitu salah satu penginapan kanopi tinggi.

Facebook Page : https://www.facebook.com/JapaMalaResort
Laman Web : http://www.japamalaresorts.com/

The Dusun – Negeri Sembilan

The Dusun menjanjikan penginapan menarik dalam kebun durian. Suasana persekitaran sangat menenangkan dan nyaman.

Penginapan ini terletak di atas bukit yang mana anda dapat menikmati kehijauan Hutan Simpan Berembun dan Bukit Mantin.

Facebook Page : https://www.facebook.com/thedusun/
Laman Web : http://thedusun.com.my/

Sekeping Serendah – Selangor

Penginapan di Sekeping Serendah ini memang selesa tapi agak mencabar bagi mereka yang tidak berani tidur dalam keadaan bilik yang tidak tertutup sepenuhnya dari persekitaran luar.

Penginapannya tidak jauh dari perkampungan orang asli. Di sini, anda akan nikmati suasana damai yang sebenar-benarnya dalam suasana hutan di sekelilingnya.

Facebook Page : https://www.facebook.com/sekepingretreats
Laman Web : http://www.sekeping.com/serendah/index.html

 

(Visited 1,026 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button