Nasional

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Perlis tarik kehadiran 14,130

JELAJAH Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perlis telah berjaya menarik kehadiran lebih 14,130 Keluarga Malaysia.

Program yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah kesinambungan daripada kejayaan penganjuran program 100 Hari Aspirasi keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 12 Disember 2021 lalu.

Siri jelajah pertama telah diadakan di negeri Johor pada 3 hingga 5 Mac 2022 manakala siri jelajah kedua diadakan di negeri Perlis dan berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Mac 2022 bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar.

GAMBAR JABATAN PENERANGAN

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) merupakan kementerian peneraju bagi jelajah ini yang dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis selaku tuan rumah dan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri adalah penyelaras utama program ini.

Dalam siaran media Sekretariat
Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia ini menyebut, sepanjang program tiga hari ini, pelbagai perkhidmatan secara langsung telah ditawarkan melibatkan 27 reruai (booth) kaunter perkhidmatan kementerian, agensi dan Kerajaan.

Penglibatan 114 gerai jualan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan program padanan perniagaan dalam siri jelajah ini turut merancakkan aktiviti ekonomi terutamanya kepada usahawan tempatan.

Sebanyak RM2.34 juta jualan berjaya direkodkan sehingga 27 Mac 2022 sehingga pukul 2.00 petang.

Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia telah menawarkan sebanyak 4856 pelbagai kekosongan jawatan daripada 27 majikan dan seramai 615 orang peserta dipanggil menghadiri temu duga dengan 591 orang telah berjaya ke tapisan akhir jawatan yang dipohon setakat ini.

Jualan Keluarga Malaysia turut diadakan dengan tawaran potongan harga sehingga 31 peratus bagi barangan keperluan harian.

Program Forum Ihya Ramadan, pertandingan e-sukan (e-sports), Kayuhan Fun Ride Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Gotong Royong serta Kenduri Keluarga Malaysia, Showcase Agensi KWP,

Pertandingan Bintang Patriotik, pelbagai Persembahan Pentas, Cabutan Bertuah dan banyak lagi.

Siri jelajah ini akan diteruskan ke seluruh negara dengan segmen perkhidmatan yang sama bagi memenuhi keperluan rakyat dan membantu penghayatan terhadap pengertian Aspirasi Keluarga Malaysia yang menitikberatkan nilai Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran. – SM

(Visited 552 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button