NasionalPolitik

Kerana Kebal ‘Wabak’, Peserta Perarakan Baju Hitam Wajar Jadi Sukarelawan Di CAC Dan PKRC

Sudahlah angka COVID-19 harian mencecah 10,000 kes, muncul pula perarakan baju hitam di ibu kota kononnya tidak berpuas hati dengan kerajaan semasa.

Melihat maklum balas dalam media sosial, rata-rata pengguna Facebook mengecam tindakan mereka yang dianggap cuba mengalih isu dan mewujudkan kluster baharu.

Ujar salah seorang pengguna Facebook, Zulkarnain Hamid, aktiviti yang dilakukan itu jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) kawalan COVID-19.

“Semoga yang terlibat ditahan pihak berkuasa kerana berhimpun secara terang-terangan dan wajib dikenakan kompaun seperti rakyat lain.

“Pihak berkuasa tolong jangan ‘double standard’ meski pun kumpulan ini berkemungkinan dibayar oleh mana-mana ahli politik atau bergerak atas kerelaan sendiri,” katanya.

Sebelum ini perarakan kumpulan baju hitam tersebut menyasarkan lokasi seperti Istana Negara dan Istana Negeri di seluruh negara; ibu pejabat KWSP dan semua cawangan KWSP di seluruh negara, Dataran Merdeka dan Dataran Putra (Masjid Putrajaya) untuk mengajak orang ramai berhimpun.

Dalam masa sama, pengguna Facebook, Miss Elica berkata, kumpulan baju hitam ini sepatutnya mendaftar diri sebagai sukarelawan bagi membantu petugas barisan hadapan.

“Tempatkan sahaja mereka di pusat Penilaian COVID19 (CAC) atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) serta-merta sebagai hukuman.

“Biar mereka tahu betapa penatnya petugas barisan hadapan bekerja tanpa rehat yang cukup untuk membantu pesakit COVID-19,” katanya.

Tambah Miss Elica lagi, tindakan baju hitam ini bukan sahaja membuktikan wujudnya rakyat Malaysia yang ingkar dengar arahan malah menjadi punca COVID-19 boleh merebak.

“Kalau dulu orang salah kluster jemaah tabligh di Sri Petaling, kemudian kluster politik menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, sekarang mereka juga harus dikenang dalam sejarah sebagai pencetus masalah yang harus dipersalahkan,” tulisnya.

Selain itu, berikut adalah tangkap layar komen-komen netizen mengenai perarakan kumpulan baju hitam ini untuk dinilai :

Apa komen anda tentang kewajaran mereka melakukan perarakan ini pada musim angka kes COVID-19 mencecah lebih 10,000 kes sehari? Tinggalkan pada ruangan komen!

(Visited 1,352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button