Nasional

10 daerah zon merah di Sabah, kapasiti merawat ditingkat 4,822 katil

Kapasiti katil bagi merawat pesakit COVID-19 di Sabah ditingkatkan daripada 2,596 buah kepada 4,822 buah selepas 10 daerah di Sabah mencatatkan zon merah. Keseluruhan kes aktif di Sabah kini sebanyak 2,380 kes.

Kementerian Kesihatan turut menambah bilangan hospital bagi merawat pesaki Covid-19 daripada enam buah kepada tujuh buah hospital.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, kesemua hospital tersebut bagi merawat kes-kes Covid-19 yang memerlukan penjagaan rapi iaitu kategori 3 hingga kategori 5.

Jumlah katil bagi kesemua hospital terbabit adalah 946 katil.

Selain itu, menurutnya, KKM juga telah mengenal pasti enam lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Ini menjadikan keseluruhan terdapat 16 PKRC bagi merawat kes Covid-19 yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan iaitu kategori 1 dan kategori 2.

Jumlah katil bagi 16 PKRC adalah 3,876 katil.

“Oleh itu, jika sebelum ini kapasiti katil bagi merawat pesakit COVID-19 di Sabah adalah 2,596 katil, kini ianya melonjak kepada 4,822 buah katil,” kata Dr. Noor Hisham.

Bagi sebagai langkah kesiapsiagaan hospital di Pantai Timur Sabah, KKM dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang merancang mewujudkan hospital medan di Tawau.

“Pesakit-pesakit bukan Covid-19 dari Hospital Tawau akan dirawat di hospital medan ini khususnya untuk perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik dan Pembedahan Am.

“Ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes-kes COVID-19 kategori 3 – 5, manakala kes-kes kategori 1 dan 2 akan terus ditempatkan PKRC. Perancangan awal adalah bagi menempatkan 100 katil di hospital medan ini,” kata Dr. Noor Hisham.

 

Sebanyak 10 dareah mencatatkan kes melebih 40 iaitu Semporna mencatatkan bilangan tertinggi 500 kes, diikuti Kota Kinabalu (395), Tawau (292), Sandakan (200), Tuaran (155), Lahad Datu (132), Kunak (110), Papar (94), Penampang (47) dan Putatan (44).

Satu daerah mempunyai kes antara 21 hingga 40 iaitu Ranau (22).

13 dareah mempunyai kes 1 hingga 20 kes dan dua daerah iaitu Tongod dan Nabawan masih hijau iaitu tiada kes.-SM

 

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button