Nasional

3 lelaki Bangladesh kurung rakan sendiri, minta wang tebusan RM30,000

TIGA lelaki warganegara Bangladesh ditahan polis selepas didapati mengurung rakan mereka dan mengugut mahukan RM30,000 sebelum dilepaskan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes kejadian kir-kira pukul 4 petang semalam.

“Pengadu iaitu seorang lelaki Bangladesh memberitahu yang dia telah dihubungi oleh rakannya berkenaan kejadian mangsa diikat dan dikurung.

“Kesemua suspek juga meminta wang tebusan berjumlah RM30,000 untuk melepaskan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, pihaknya kemudian membuat serbuan di dua lokasi berasingan di Jalan Tropicana Selatan dan Mutiara Damansara kira-kira pukul 4.30 petang hingga 7 malam semalam.

Jelasnya, menerusi serbuan tersebut, pihaknya telah menahan tiga orang suspek lelaki Bangdesh berusia 33 hingga 46 tahun.

Ujarnya, mangsa yang dikurung juga telah berjaya diselamatkan.

“Siasatan awal mendapati mangsa merupakan pekerja kedai runcit milik seorang daripada suspek yang ditahan.

“Menurut mangsa, pemilik kedai runcit itu telah lama tidak membayar gajinya dan menuduhnya mengambil duit di dalam kedai tersebut.

“Susulan itu, suspe dan rakan-rakannya telah berpakat untuk menculik dan mengugut mangsa bagi mendapatkan wang berjumlah RM30,000 jika mahu dilepaskan,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek kini ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut dan kes telah disiasat di bawah Seksyen 323, Seksyen 324 dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button