Nasional

Sarawak beralih ke Fasa 2 PPN bermula Rabu

Sarawak akan berlalih dari Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke Fasa 2 bermula Rabu ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan perintah kawalan pergerakan telah menampakkan impak positif di negeri itu.

Sebelum ini beberapa negeri telah beralih ke Fasa 2 iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah.

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassinpada hari ini telah meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri-negeri di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

“Setelah semua agensi terlibat termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneliti nilai-nilai ambang atau threshold negeri ini, Sidang Khas MKN bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi negeri Sarawak daripada Fasa 1 ke Fasa 2 berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Ismail Sabri turut mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Perherakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti bermula 14 Julai hingga 27 Julai.

Sebahagian lokaliti melibatkan negeri Sabah iaitu Taman Muhibbah Fasa 1,2 dan 3, Beaufort; Kampung Madsiang dan Apartment Beverly Hills Fasa 2 dan Kampung Kobusak, Penampang.

Turut dikenakan PKPD di Sabah adalah Kawasan Sekitar Kampung Patikang Ulu, Keningau yang melibatkan Kampung Patikang Ulu, kilang dan kuarters di Focus Lumber, Veracity dan Hasil Jadi, Pusat Memandu IDA serta penempatan warga Indonesia.

PKPD turut dilaksanakan di Felda Lembah Klau, Mukim Gali, Raub, Pahang; Kampung Kendaie dan Kampung Bukit Batu, Lundu, Kuching, Sarawak serta Felda Maokil, Muar, Johor.

Penguatkuasaan PKPD di dua lokaliti dilanjutkan sehingga 27 Julai iaitu LQ Gamuda Garden, Kundang Jaya, Rawang, Selangor sehingga 19 Julai dan Flat Taman Benus Jaya, Bentong, Pahang.

Ismail Sabri turut mengumumkan penamatan PKPD di Sabah melibatkan Kampung Linukaan, Kota Marudu; Kampung Perpaduan Gumpa, Kampung Perpaduan 2 dan Kampung Timbagaan, Matunggong di Kudat; Rumah Pekerja Ladang Sungai Balung, Tawau dan Kuarters Kilang Bata Kampung Durok, Kampung Limbawan Sayur, Keningau.

Turut ditamatkan Taman Murni, Sepang; Pangsapuri Sri Ayu, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat; CLQ Johan Setia, Kampung Johan Setia, Klang serta Kampung Tematu, Jalan Batu Kitang, Kuching, Sarawak. PKPD di kawasan terbabit ditamatkan bermula esok.-SM

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button