Nasional

3 kes baharu Covid-19

KES baharu Covid-19 menyaksikan penurunan ketara dengan hanya tiga kes dikesan hari ini.

Kes baharu yang dilaporkan adalah kes penularan di dalam negara iaitu dua kes melibatkan bukan warganegara dan satu kes adalah warganegara Malaysia.

Satu kes daripada Kluster Pedas yang melibatkan bukan warganegara Malaysia;

Sementara di Sabah:dua kes daripada Kluster MDR yang melibatkan satu warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara. Mereka merupakan ahli keluarga kepada kes ke-8506.

Jumlah pesakit yang sembuh seramai 9 orang dengan jumlah keseluruhan sembuh seramai 8,186 orang atau 95.3 peratus.

Kes aktif Covid-19 setakat 23 Jun 2016.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif sebanyak 283 orang dan tiga daripadanya dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi.

Tiada kematian dicatat dengan jumlah kematian kekal 121 orang.-SM

 

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button