fbpx
Jenayah

3 individu ditahan memandu secara mabuk

POLIS menahan tiga individu yang didapati memanndu di bawah pengaruh alkohol dalam beberapa sekatan jalan di Petaling Jaya, Selangor awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, sekatan dijalankan pada pukul 11 malam semalam hingga 3 pagi tadi.

“Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 370 orang pengguna jalan raya dan 355 buah kenderaan telah diperiksa.

“Daripada jumlah itu, seramai tiga orang lelaki berumur lingkungan 26 hingga 45 tahun telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Nik Ezanee, sebanyak 15 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Jelasnya, kesemua mereka telah ditahan dan disiasat di bawah seksyen 45a(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button