Alam Sekitar

Gadis jelita bongkar lokasi permukaan berkawah seperti di bulan, rupanya di Kalabakan, Sabah!

Tidak perlu menunggu 2030, rakyat Malaysia yang ingin meneroka permukaan berkawah seperti di bulan hanya perlu ke Kalabakan yang terletak di Sabah.

Sekiranya tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan memilih untuk ke Kalabakan dengan menaiki kenderaan darat, jarak yang perlu ditempuhi adalah sejauh 362 km.

Wanita yang sarat mengandung disarankan menggunakan laluan Kalabakan ini dengan kerap bagi memudahkan proses bersalin
Wanita yang sarat mengandung disarankan menggunakan laluan Kalabakan ini dengan kerap bagi memudahkan proses bersalin

Perjalanan tersebut akan memakan masa kira-kira 4 jam 16 minit dengan kos sekitar RM59.40 sekiranya tiada kemalangan atau hujan yang mengakibatkan jalan licin.

Berdasarkan perkongsian seorang gadis jelita tentang situasi semasa di permukaan berkawah seperti di bulan itu, ramai netizen menzahirkan rasa syukur.

Permukaan berkawah di Kalabakan, Sabah terbentuk secara alami
Permukaan berkawah di Kalabakan, Sabah terbentuk secara alami

Ujar Nadzatul Maliki, dia amat terharu melihat foto yang dikongsikan gadis jelita berkenaan dan menganggap ia hasil gabungan Sabah bersama Persekutuan Tanah Melayu sejak 16 September 1963.

“Dalam era masyarakat memilih kemajuan serta kemodenan, pemimpin di Kalabakan mengekalkan jati diri serta alam semula jadi untuk dinikmati warga tempatan.

“Rasanya detik ini akan terus kekal lama dan biar pun apa orang luar bicarakan, hanya jauhari yang mengenal manikam,” tulisnya sambil meninggalkan simbol pembaris.

Gadis jelita ini telah berkongsi sekeping foto yang menunjukkan wujudnya permukaan berkawah di Kalabakan
Gadis jelita ini telah berkongsi sekeping foto yang menunjukkan wujudnya permukaan berkawah di Kalabakan

Selain foto permukaan berkawah yang mendapat perhatian ramai, status gadis jelita ini turut menimbulkan persoalan sama ada masih bujang atau baru lepas friendzone mana-mana lelaki.

Sekiranya masih bujang, netizen mengharapkan gadis ini mengabaikan permintaan rakan di Facebook jika ada mana-mana lelaki yang memberi komen mahu menurap jalan di sana secara berkumpulan.

Sertai Channel Whatsapp Wanita Cantik Seluruh Dunia
(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button