Nasional

3.33 juta penduduk telah divaksin

SERAMAI 3.33 juta penduduk telah divaksin sehingga semalam dan daripada jumlah itu 1.1 juta sudah melengkapkan kedua-dua dos.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak dilancarkan pada Februari 2021 kerajaan mensasarkan 80 peratus daripada populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima
vaksin secara percuma menjelang hujung tahun.

Beliau turut menjelaskan enam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu adalah inisiatif Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi menyahut seruan kerajaan dalam merancakkan lagi Program Imunisasi COVID-19
Kebangsaan (PICK).

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi sebahagian daripada pasukan barisan hadapan (frontliners) sudah tentu akan terkehadapan dalam program vaksinasi selaras dengan kedudukannya sebagai benteng
negara yang berperanan untuk membentuk imuniti kelompok.

“Justeru, rakyat disaran agar menyahut usaha dilakukan kerajaan dengan menyokong PICK bagi berganding bahu menyelamatkan negara daripada pandemik ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Sementara itu, 946 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard.

Menurut Ismail Sabri, daripada jumlah itu seramai 924 individu dikompaun manakala 22 lagi direman.

Kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (237), rentas negeri, daerah tanpa kebenaran dan makan di premis (186), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (160).

Seramai 156 orang ditahan kerana tiada penjarakan fizikal,t idak patuh arahan kawalan pergerakan (71), membawa penumpang berlebihan (63), premis gagal patuhi arahan (14) dan lain-lain (59).-SM

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button